I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 December 2011

teknologi maklumat

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI  MAKLUMAT  DALAM  PENDIDIKAN   DI  MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di  Malaysia  penggunaan  teknologi  maklumat  dalam  pendidikan  masih  di  peringkat  permulaan namun  pengunaannya  semakin  pesat  dan  memberangsangkan.
        Saya  berpendapat  bahawa  kerajaan telah berperanan untuk  menjadikan  pendidikan  di  Malaysia  bertaraf  dunia melalui  Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian  ini  telah mengambil  langkah  drastik dengan  melaksanakan beberapa  perubahan  untuk  menjana  sistem  pendidikan agar selari  dengan  pemodenan  yang  banyak  dipelopori  oleh  penggunaan  teknologi  terkini  seperti  penggunaan teknologi  maklumat dalam pendidikan. Antara program yang  sedang  dilancarkan kementerian  pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
        Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang   pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
.        Mulai Januari 1999 internet saluran  utama  teknologi  maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran  MIMOS  telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan  perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
            Keberkesanan penggunaan  teknologi  maklumat  juga  bergantung  kepada keterbukaan warga  pendidik   menerima  teknologi  maklumat  dalam  elemen  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  di rancangkan oleh  mereka.  Warga  pendidik contohnya  guru, yang  menjadi  nadi  dan  tulang  belakang  yang  menjana  keberkesanan  pendidikan  secara  keseluruhannya,  kita  dapati  semakin  ramai  di  kalangan  mereka  sudah  celik  teknologi  maklumat.    Jika  lima  tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin  bertambah malahan  mereka telah  menganggap  teknologi  maklumat  merupakan  sesuatu yang  perlu  untuk  memudahkan  proses  P&P  mereka. Perkembangan  pesat  dalam  pengunaan  teknologi  maklumat    dalam  pendidikan   merupakan  satu  jalan  yang  cerah  untuk  menjayakan pendidikan  bertaraf  dunia.
kesedaran  ibubapa  akan  kepentingan   penggunaan  teknologi  maklumat    banyak  membantu anak-anak  mereka menggunakan  teknologi ini  dengan  lebih  efektif. walau bagaimana pun   setiap  keluarga  sekurang-kurangnya  memiliki sebuah komputer  di  rumah mereka kerana ,  Teknologi  maklumat  berkait  rapat  dengan  penggunaan komputer.  Menyedari  hakikat  ini    kerajaan telah  mengambil  langkah  bijak dengan mengalakkan  sesebuah keluarga   mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer   masing-masing  di rumah

              Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
            Peranan sektor  swasta juga banyak  membantu  perkembangan  pengunaan  teknologi maklumat,  kerana    sememangnya  kita  tahu  penggunaan  teknologi  maklumat  memerlukan  kos, maka kekangan  kos  inilah  biasanya  membataskan  pengunaan  teknologi maklumat.  pada  masa kini ,  kadar  bayaran untuk  mengakses internet  semada  melalui  TM-Net  atau  Jaring  telah  menurun,  malahan  syarikat  besar  seperti  Telekom  berkerjasama  dengan  Kementerian  pendidikan  untuk  menghasilkan Telekom  Smart  School yang menyediakan  pekej  P&P  melalui  Laman  Web  yang  dinamakan  getCyberEd.com.   
            Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi  maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi  maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

No comments:

Post a Comment