I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 December 2011

teknologi dalam perniagaan

teknologi sebagai pemudah dan satu lagi teknologi sebagai produk akhir. Contohnya mikroprosesor merupakan salah satu produk akhir teknologi yang berjaya sejak berpuluh tahun yang lalu. Satu lagi teknologi yang sering diperkatakan ialah Internet di mana kecanggihannya cuba dibuktikan dalam beberapa perniagaan yang berteknologi seperti B2C (perniagaan-ke-pelanggan), dan gerbang (portal) Web.

"Kita tidak patut lebih tertumpu kepada teknologi, lalu mengabaikan model perniagaan yang patut menjadi pertimbangan utama. Misalnya, terdapat banyak perniagaan yang tidak menggunakan teknologi seperti pernigaaan restoren tetapi lebih menekankan kepada 'sentuhan personal'. Manakala, teknologi pengering beku menjadi pemudah dalam pengeluaran makanan seperti rendang atau serunding. Soalnya, adakah produk akhir yang dijual adalah teknologi itu sendiri atau dihasilkan menerusi penggunaan teknologi. Jadi, model perniagaan perlu mengenali perbezaan ini yang melibatkan pengeluaran khidmat atau produk akhir".
Menurut beliau lagi, teknologi sebagai pemudah bergantung kepada segmen yang dimasuki. Misalnya, bagi pengunjung restoren 'sentuhan personal' adalah lebih penting berbanding menjual secara dalam talian.

Namun, jika perniagaan melibatkan pemasaran atau pengeluaran secara besar-besaran dengan jualan yang cukup baik (seperti rendang atau serunding), maka teknologi banyak memainkan peranan. Terutamanya, pengeluaran besar-besaran perlu mengabungkan teknologi makanan yang berkaitan untuk memastikan kesegaran makanan tersebut. Selain itu, tempahan dalam talian dan penjualan menerusi Web boleh dibuat.

No comments:

Post a Comment