I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 19 November 2011

PTPTN Tidak Bercadang Bangkrap Peminjam

TEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak berhasrat mengenakan tindakan bangkrap terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tindakan itu tidak perlu kerana kaedah sedia ada yang digunakan PTPTN untuk memperoleh semula wang pinjaman kian menunjukkan perkembangan positif.
“Kami tidak merancang menjadikan tindakan tersebut sebagai langkah terakhir memungut kembali pinjaman.
“Langkah terakhir ialah menyenarai hitam nama peminjam dengan Jabatan Imigresen yang menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Mini Karnival Dewan Undangan Negeri Jenderak di sini hari ini.
Ismail seterusnya berkata, tindakan menyenarai hitam nama peminjam dengan Jabatan Imigresen dianggap berkesan apabila ramai peminjam datang berunding dan menyelesaikan hutang mereka.
Malah, katanya, tindakan bangkrap sukar dilakukan kerana kebanyakan pinjaman tidak mencapai jumlah RM30,000 seperti yang tertakluk mengikut Akta Kebangkrapan.  ( jd cmne dgn kite?? fikir2 kn lah...)

No comments:

Post a Comment